BDSwiss App
Download & start trading

Bagaimanakah cara untuk menggunakan pengesahan dua faktor dan mengaktifkan OTP di MetaTrader (MT4/MT5)?

Penggunaan pengesahan dua faktor (2FA) boleh menambah lapisan keselamatan tambahan kepada semua platform MetaTrader anda kerana ia memerlukan anda memasukkan kata laluan yang dijana satu kali dan unik (OTP) setiap kali anda log masuk ke terminal.

Untuk mula menggunakan pengesahan dua faktor (2FA), anda perlu mengaktifkan kata laluan satu kali (OTP) terlebih dahulu dan mengikat akaun dagangan anda dengan penjana kata laluan yang boleh diperoleh di aplikasi MT4/MT5 mudah alih untuk iPhone dan Android.

Langkah 1: Muat turun Aplikasi MetaTrader di peranti anda, jika anda belum menggunakannya

MetaTrader 4

 
MetaTrader 5

 
Langkah 2: Log masuk ke aplikasi menggunakan nombor akaun dan kata laluan. Anda boleh mendapatkan nombor log masuk akaun dagangan anda di papan pemuka web BDSwiss anda.

Langkah 3: Apabila aplikasi MT4 atau MT5 mudah alih dilancarkan, ketik pada pilihan penjana kata laluan satu kali (OTP) di tetingkap Tetapan.
 


 
Langkah 4: Pada tetingkap yang dibuka, pilih “Ikat pada akaun (Bind to account)”, nyatakan butiran akaun desktop MT4 atau MT5 anda seperti yang diminta dan pastikan pilihan Ikat (Bind) didayakan.
 


 
Sekarang anda boleh menggunakan penjana (OTP) untuk memasukkan kata laluan enam digit satu kali yang unik setiap kali anda log masuk ke platform MT4/MT5 desktop anda.

Kata laluan satu kali dipaparkan di bahagian atas bahagian OTP. Di bawahnya, bar biru menggambarkan jangka hayat kata laluan. Apabila kata laluan tamat tempoh, ia tidak lagi sah dan kata laluan baru akan dijana.

Sila ambil perhatian bahawa untuk menggunakan OTP, pilihan “Ikat” pada aplikasi mudah alih MT4/MT5 mestilah sentiasa didayakan. Anda boleh menyahdayakannya hanya jika anda ingin menyahikat akaun yang ditentukan daripada penjana dan berhenti menggunakan kata laluan satu kali.
 

Kembali ke Pusat Bantuan

Adakah ini membantu?

Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi. Pendedahan Risiko Umum