BDSwiss App
Download & start trading

Bolehkah saya membuat deposit menggunakan kaedah pembayaran rakan / saudara?

Sekiranya anda membuat deposit menggunakan kad/akaun bank yang bukan atas nama anda, kami memerlukan dokumen tambahan untuk diberikan sebelum membenarkan anda menggunakan dana ini dalam dagangan. Sekiranya anda sudah berdagang dengan dana ini, anda mempunyai masa sehingga 10 hari dari tarikh deposit untuk memberikan kami dokumentasi yang diperlukan, jika tidak, akaun anda akan digantung daripada dagangan (tidak kira sama ada terdapat kedudukan terbuka atau tidak).

Dokumen yang diperlukan dalam kes ini ialah:

  • Dokumen pengesahan anda
  • Dokumen Pengenalan pihak ketiga (seperti Pasport atau Kad Pengenalan)
  • Surat kebenaran, dilengkapkan dan ditandatangani oleh kedua-duanya (boleh dihantar melalui e-mel kepada anda oleh Pasukan Sokongan Pelanggan)
  • Bukti Pembayaran (salinan kad yang digunakan, penyata bank)
  • Dalam sesetengah kes, borang spesimen mungkin diperlukan untuk mengesahkan tandatangan pelanggan dan/atau pihak ketiga

 

Harap maklum bahawa ia tetap mengikut budi bicara BDSwissuntuk menerima atau menolak deposit tersebut, jika kami tidak berpuas hati dengan dokumentasi yang diberikan dan/atau atas sebarang sebab lain.

Anda boleh menghubungi Pasukan Sokongan Pelanggan kami untuk maklumat lanjut dan/atau untuk memberikan dokumen ini melalui e-mel di [email protected].

Kembali ke Pusat Bantuan

Adakah ini membantu?

Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi. Pendedahan Risiko Umum